• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Mahathir Harap PH Diberi Kemenangan Di PD

oleh
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pakatan Harapan (PH) akan diberikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi membolehkan kerajaan terus bekerja untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata kerajaan baharu mahu meneruskan kerja demi negara dan bukan untuk pemim pin-pemimpin dalam gabungan PH.

Justeru, katanya, melalui PRK itu, penduduk kawasan Parlimen Port Dickson diharap dapat memberi kemenangan kepada calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, berkata barisan kepimpinan PH akan tetaop bekerjka untuk negara dan rakyat Malaysia yang telah memberi peluang kepada gabungan itu untuk mengambil alih penyadbiran negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD Waterfront di sini, malam ini.

PRK Parlimen Port Dickson akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di antara Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas.

Calon Bebas terdiri daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen.

Kerusi Parlimen itu dikosongkan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari mengundi dan esok sebagai pengundian awal. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadPRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd