Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Nurul Izzah Minta Maaf,...

Nurul Izzah Anwar yang baru diumum mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR hari ini...

Mayat Korban Terakhir Tragedi...

SIBU - Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, anggota polis yang terkorban dalam tragedi...

Datuk 80 Tahun Pecah...

SEORANG lelaki berstatus datuk memecah tradisi dalam dunia peragaan China apabila mencuri perhatian...

Akibat Cemburu, Ratu Cantik...

TIDAK sampai tiga hari lagi, Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado sepatutnya berada...

Dr Anuar Masduki Dilantik Semula Pro Canselor Unisel

KUALA SELANGOR – Perunding kardiologi sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Datuk Setia Dr Anuar Masduki dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Selangor (Unisel) untuk penggal keempat berturut-turut.

Pelantikan itu berkuatkuasa 1 Ogos lepas sehingga 31 Julai 2021 dan surat watikah pelantikan disampaikan oleh Canselor Unisel, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda dalam satu majlis di Kampus Unisel Bestari Jaya, di sini hari ini.

Turut menyaksikan penyampaian watikah itu adalah Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Anggota Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) Amirudin Shari, Pro Canselor Unisel Tan Sri Ismail Adam dan Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Dr Anuar mula dilantik sebagai Pro Canselor Unisel pada 1 Ogos 2009.

Beliau berkelulusan doktor perubatan dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1971 sebelum melanjutkan pengajian ke Royal College of Physicians di United Kingdom pada 1975.

Dr Anuar pernah menjadi timbalan dekan Fakulti Perubatan di UM, pemangku timbalan Naib Canselor (Kewangan dan Pembangunan) UM selain beberapa jawatan pentadbiran lain di hospital swasta.

Selain bertugas sebagai perunding kardiologi di hospital swasta tersebut sejak 1985, beliau juga merupakan pakar kardiologi bagi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak tahun 2001.


Terdahulu, Amirudin dalam ucapannya pada majlis tersebut berkata kerajaan negeri percaya pelantikan semula Dr Anuar sebagai peneraju utama universiti adalah atas keistimewaan dan ilmu yang dimilikinya.

“Dengan pelantikan ini, kerajaan negeri dan pihak Unisel telah melengkapkan pentadbiran serta penstrukturan institusi ini daripada atasan hingga ke bawahan bagi memenuhi hala tuju Unisel untuk menjadikannya universiti terulung mendidik para profesional dan ilmuwan yang terpuji,” katanya.

Menyasarkan Unisel mampu setaraf pemain utama industri pendidikan di rantau ini pada masa depan, Amirudin menggalakkan warga institusi itu supaya berganding bahu mengangkat martabat Unisel ke arah yang lebih baik.

Katanya, penetapan visi dan misi Unisel harus ditentukan dengan lebih baik supaya ia tercapai walaupun usia institusi berkenaan jauh lebih muda berbanding universiti awam atau swasta lain. – BERNAMA

Kategori