• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doa Afdlin Shauki Buat Ibunya Yang Sudah ‘Pergi’

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU kepada pelawak dan pengacara Datuk Afdlin Shauki iaitu Fadzilah Jelani meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira 5.56 petang Isnin.

Perkhabaran sedih itu disampaikan oleh Afdlin sendiri menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto bersama Allahyarham ibunya berserta kiriman doa.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin 15/10/2018, pukul 5:56 petang di IJN, KL.

“Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

Foto kenangan Afdlin dan ibunya.

“Dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… Al-fatihah,” tulis Afdlin.

Sebelum ini, Fadzilah dikhabarkan beberapa kali menjalani rawatan akibat diserang penyakit jantung dan kali terakhir menjalani pembedahan pintasan jantung pada 9 Oktober lalu.

Pada April lalu, Afdlin pernah berkongsi status dalam akaun media sosialnya bahawa Fadzilah pernah menjalani rawatan di Unit Kardiologi Hospital Serdang.

Dalam pada itu, pengacara program Super Spontan ini juga berkongsi informasi untuk kenalan yang ingin turut serta dalam pengurusan jenazah arwah ibunya.

Afdlin memuat naik informasi mengenai pengurusan jenazah arwah ibunya.

Menurut Afdlin, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves sebelum solat Zohor pada Selasa.

“Kepada sesiapa yang mengenali mummy dan ingin ketemu buat kali terakhir. Mandi dan pengembumian jenazah akan berlangsung di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.

“7.30 pagi mandi jenazah, 9 pagi solat jenazah, 10.30 pagi jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum solat Zohor,” katanya. – mStar Online

Tags: Afdlin ShaukiIbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki

Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki mendakwa penyertaannya dalam politik bukan kerana mengejar kuasa. Ketua...

Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki

Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam gagal diluluskan disebabkan oleh sebahagian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd