• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didenda RM400 Kerana Merokok Di Kawasan Hospital

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera laut didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan merokok dalam kawasan larangan di hospital, April lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Rahimy Yunan, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda.

Rahimy dituduh merokok dalam kawasan tempat letak motosikal di hadapan bahagian kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, suatu tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pada 11.35 pagi, 16 April lepas mengikut Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa Shumizan Siron memohon hukuman setimpal atas alasan OKS seorang penjawat awam yang perlu mematuhi undang-undang bagaimanapun, Rahimy yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pegawai dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa telah menjalankan pemeriksaan dan pemerhatian di HKL dan hasil pemeriksaan mendapati OKS sedang merokok di kawasan larangan. – BERNAMA

Tags: hospitalmerokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Hampir dua bulan menjalani rutin berulang-alik ke hospital, vokalis kumpulan Barbarik yang juga bekas anggota kumpulan rock...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd