• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Lebih RM13K Kerana Enggan Serah Kata Kunci

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW ZEALAND – Pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand boleh didenda 5,000 dollar New Zealand (RM13,401) jika enggan memberikan kata kunci bagi buka peralatan elektronik mereka.

Kata kunci itu diperlukan bagi pihak kastam memeriksa pelancong dan ia tertakluk di bawah akta baharu, walaupun kumpulan kebebasan sivil menyelar tindakan tersebut sebagai perlanggaran hak privasi.

Undang-undang itu berkuat kuasa pada 1 Oktober selepas akta kastam selama 22 tahun tersebut dikemas kini.

“Ia turut memberikan hak kepada pegawai kastam untuk menyalin data yang dijumpai daripada peranti tersebut,” kata Perkhidmatan Kastam New Zealand dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada minggu lalu.

Namun, Majlis New Zealand untuk Kebebasan Sivil berkata, undang-undang itu memberi pegawai kastam kuasa untuk memaksa para pelancong membuka kata kunci telefon pintar mereka tanpa alasan, dan tanpa pilihan undang-undang buat pelancong untuk mencabar perintah tersebut.

“Telefon pintar moden mengandungi sejumlah besar maklumat peribadi yang sangat sensitif termasuk e-mel, surat, rekod perubatan, foto peribadi, dan gambar yang sangat peribadi.

“Membenarkan kastam untuk memeriksa dan mendapatkan semua maklumat ini adalah pencerobohan yang serius terhadap privasi peribadi seseorang termasuk pihak ketiga yang berkomunikasi dengan mereka,” kata jurucakap Majlis New Zealand untuk Kebebasan Sivil, Thomas Beagle dalam satu kenyataan.

Beagle mempersoalkan sama ada pencerobohan itu berjaya menangkap penjenayah yang mungkin memilih untuk membayar denda berbanding mendedahkan bukti yang boleh membawa kepada hukuman penjara. – Stuff NZ/mStar Online

Tags: New ZealandPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd