• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara Zalim 1998, Kini Diulangi Lagi 2018

oleh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Tun Dr. Mahathir Mohamad kini nampaknya masih berusaha keras supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dianggap sebagai jahat oleh kalangan masyarakat.

Usaha fitnah tersebut diteruskan Perdana Menteri apabila cuba mengaitkan pemimpin Melayu Islam itu kononnya sengaja mempergunakan wang 1MDB, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Ujarnya dipetik portal UMNO-Online, Mahathir sekian lama sejak 1998 sudah berjaya beri label jahat kepada ramai tokoh termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sebagai peliwat dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

“Rentetan itu, ramai pemimpin Melayu Islam menerima akibat untuk dipenjara bawah Akta Dalam Negeri (ISA), manakala kalangan korporat bukan kroni Mahathir pula menanggung banyak kerugian dan tutup perniagaan.

“Ahmad Zahid yang sebelum ini dilihat sebagai bersih dan kuat berpegang dengan ajaran agama, menyatukan alim ulama, menyuburkan aktiviti agama dan membela anak-anak tahfiz, kini cuba dicalarkan imej dirinya itu.

“Penghinaan imej ini semata-mata bertujuan beri gambaran buruk terhadap UMNO yang selama ini jadi sandaran orang Islam gigih pelihara kesejahteraan serta nasib rakyat pelbagai kaum dan agama,” kata Mohd. Khusairi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa tindakan zalim Pengerusi Pakatan Harapan ini tidak lain hasil daripada kekecewaan peribadi dirinya sendiri.

Mahathir sebelum ini gagal pujuk Ahmad Zahid supaya bubar UMNO kerana jadi ancaman utama politik keluarga Mahathir, kroni serta PPBM yang sedikit bilangan kerusinya berbanding UMNO dan parti komponen PH lain.

“Kita percaya tindakan Mahathir tersebut adalah bertujuan melenyapkan UMNO dan mendorong orang Melayu Islam terpaksa pula berpaut kepada PPBM sebagai satu-satunya parti Melayu terkuat dalam negara ini.”

Sehubungan itu, beliau seru ahli UMNO, orang Melayu, umat Islam dan seluruh rakyat bangkit pertahan Ahmad Zahid yang kini dizalimi kerajaan Malaysia Baharu melalui pendakwaan bermotif politik kejam tidak masuk akal.

Dilaporkan Ahmad Zahid dipanggil hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam petang ini, sebelum ditahan agensi itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd