• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cam Mayat Adik Melalui Kecacatan Kaki – Abang

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – “Saya pasti mayat itu adik saya…tengok saja jari kaki kiri mayat itu bengkok (cacat), saya tahu itu adalah adik saya,” kata Mohammad Khaliluddin selepas membuat pengecaman mangsa tanah runtuh di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohammad Khaliluddin, 38, yang baru tiba dari Kuala Lumpur berkata beliau mendapat gambar mayat mangsa ketujuh yang ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus itu melalui kiriman WhatsApp rakan adiknya dari tempat kejadian.

Semalam, mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.

Badan serta kepalanya ditemui pada pukul 4.50 petang semalam di sempadan sektor 2 dan 3 manakala tangan kiri dan kaki kanan belum dijumpai.

Mohammad Khaliluddin berkata sebaik mendapat kiriman gambar itu, beliau menghantarnya kepada ibu mereka di Bangladesh.

“Ibu bagitau dan sahkan itu mayat adik saya Mohamad Abdul Jalil,” katanya.

Mohammad Khaliluddin yang tinggal di Puchong, Selangor berkata beliau telah lama tidak berjumpa dengan adiknya dan kali terakhir mereka berhubung melalui telefon ialah dua minggu lepas.

“Adik saya sudah lama tinggal di Pulau Pinang, sudah tujuh tahun…dia ada isteri dan dua orang anak di Bangladesh,” katanya yang berasal dari Satkhira, Bangladesh.

Sehingga pukul 5 petang ini, lapan mayat telah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, empat lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala dua lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd