• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Bebas PRK PD Gesa Kerajaan Kaji Semula Penamatan Kontrak MRT2

oleh
10/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seorang calon bebas pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula keputusannya menamatkan kontrak MMC-Gamuda bagi pembinaan bahagian bawah tanah projek Mass Rapid Transit 2 (MRT2).

Kan Chee Yuen berkata keputusan itu akan menjejaskan bukan sahaja rakyat negara ini bahkan penduduk Port Dickson kerana beliau difahamkan sekurang-kurangnya 10 syarikat yang terlibat secara langsung dalam rantaian bekalan alat ganti projek itu adalah dari Port Dickson.

“Saya diberitahu 10 syarikat yang membekalkan alat-alat ganti untuk projek itu adalah dari Port Dickson. Ia juga melibatkan individu seperti para jurutera yang bekerja dengan syarikat-syarikat itu.

“Mereka kini hilang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan,” katanya pada sidang media berhubung isu itu hari ini.

Kan sebaliknya mencadangkan kerajaan menjalankan proses rasionalisasi untuk mengurangkan kos dan bukan dengan cara menamatkan kontrak.

Ahad lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kabinet telah memutuskan untuk menamatkan kotrak MMC-Gamuda bagi pembinaan bahagian bawah tanah projek MRT 2 dan menambah, kerja-kerja yang belum disiapkan akan ditender semula melalui proses tender terbuka antarabangsa.

Lim berkata keputusan itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah penjimatan kerajaan kerana ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM5.22 bilion atau 23 peratus daripada kos keseluruhan pembinaan projek MRT 2.

Sementara itu, MMC-Gamuda berkata kira-kira 20,000 pekerja rantaian pembekal dari 600 buah syarikat Malaysia akan kehilangan pekerjaan berikutan penamatan kontrak tersebut, termasuk lebih 3,000 pekerja syarikat usahasama MMC-Gamuda, yang lebih 60 peratus daripada mereka adalah Bumiputera. – BERNAMA

Tags: MRT 2PRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Diumum Dalam Belanjawan 2020 Diteruskan

27/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur...

MRT 2 Mula Beroperasi Sepenuhnya 2023

17/01/2020
0

PUTRAJAYA - Pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 siap sebanyak 70% dan dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd