• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Burgoon Ungguli Pusingan Pertama CIMB Classic 2018

oleh
11/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN Amerika Syarikat, Bronson Burgoon beraksi cemerlang pada penampilan sulung di Kejohanan Golf CIMB Classic 2018 apabila melakarkan sembilan bawah par 63 untuk mendahului saingan pusingan pembukaan di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara, hari ini.

Pemain berusia 31 tahun itu membenam lapan birdie dan satu bogey selain meraih satu eagle di lubang ke-18 par lima untuk mengatasi pencabar terdekat dan rakan senegara, Austin Cook, dengan kelebihan satu pukulan.

Tiga lagi pemain – Scott Piercy dan Billiy Horschel, kedua-dua dari Amerika Syarikat dan pemain Taiwan, C.T. Pan, mencatatkan tujuh bawah par 65 untuk berkongsi kedudukan tangga ketiga.

Dalam pada itu, pemain nombor empat dunia dan bekas juara dua kali, Justin Thomas, dari Amerika Syarikat berkongsi kedudukan keenam dengan tujuh pemain lain selepas merekodkan enam bawah par 66.

Juara bertahan, Pat Perez dari Amerika Syarikat, hanya mampu melakukan catatan dua bawah par 70 untuk berkongsi kedudukan ke-35 bersama 12 lagi pemain.

Dalam pada itu, Burgoon menyifatkan pukulan eagle dari bunker telah menyuntik semangat untuk beliau meneruskan aksi secara konsisten serta pukulan putt yang kemas menjadi kunci kejayaan untuk mencatatkan catatan terendah pada saingan pusingan pembukaan.

“Ini adalah permulaan yang baik sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Cook, yang juga membuat penampilan sulung pada kejohanan bernilai US$7 juta (RM29.11 juta) itu​​​​​, berkata memiliki kelebihan empat pukulan pada sembilan lubang pertama merupakan satu permulaan hebat dan berharap untuk mengekalkan momentum itu sepanjang kejohanan.

Dalam pada itu, wakil negara, Ben Leong berada dalam kelompok 20 pemain terbaik dengan catatan empat bawah par 68 manakala seorang lagi wakil negara, Jeremiah Kim berkongsi kedudukan ke-75 dengan dua lagi pemain dengan catatan empat di atas par 76. – BERNAMA

Tags: golf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PGM Sasar Empat Pemain Negara Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia – dua lelaki dan dua wanita untuk...

Padah Kutip Bola Golf Di Kawasan Larangan

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Akibat menceroboh masuk ke kawasan larangan untuk mengambil bola golf, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd