• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunyi Letupan, Gegaran Di Perak Bukan Gempa Bumi – KP Meteorologi

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengesahkan bunyi letupan disusuli dengan gegaran di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh bukan berpunca daripada gempa bumi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Alui Bahari berkata bunyi letupan dan gegaran itu juga tiada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.

“Letupan dan gegaran yang berlaku di Perak bukan gempa bumi kerana tiada amaran gempa bumi dikesan melalui alat pengesan gempa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Penduduk di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh panik seketika apabila mendengar bunyi letupan disusuli dengan merasai gegaran sekitar pukul 11 pagi tadi.

Insiden itu tular dan menjadi persoalan di media sosial apabila terdapat netizen mendakwa gegaran itu disebabkan proses pemecahan batu di kawasa kuari di Simpang Pulai di sini.

Selain itu, ada tular bahawa letupan itu adalah latihan serangan menggunakan bom hidup yang dijalankan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun pihak TUDM tidak menerima maklumat mengenai latihan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias ketika dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. – BERNAMA

Tags: gegaranJabatan Meteorologi Malaysia (MET)
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Graduan KUIPs Diterima Belajar Di Universiti Turki

Next Post

Jawatankuasa Bebas Perlu Siap Kajian Urus Pekerja Asing

Related Posts

Penduduk Cemas Rasa Gegaran, Disusuli Bunyi Kuat Seakan Dentuman

Penduduk Cemas Rasa Gegaran, Disusuli Bunyi Kuat Seakan Dentuman

21/10/2024
0

IPOH : Kejadian gegaran dan dentuman kuat yang berlaku di bandaraya ini, sekitar jam 11.06 pagi tadi bukan berpunca daripada aktiviti letupan...

Ibu Pejabat MetMalaysia Ditutup Sejak Pagi Kerana Gangguan Teknikal

04/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi tadi disebabkan oleh gangguan teknikal di bilik...

Next Post

Jawatankuasa Bebas Perlu Siap Kajian Urus Pekerja Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd