• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buktikan ‘Crown’ Itu Wajar Dimiliki… Berat Tu Dik!

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Datin Seri Umie Aida berpendapat kejayaan Wany Hasrita merangkul Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH31), baru-baru ini tidak perlu dipertikaikan.

Menurut Umie, sama ada kemenangan tersebut hasil undian peminat atau sebaliknya, ia tidak harus dipersoalkan kerana trofi tersebut sudah pun menjadi milik penyanyi berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, dia berpandangan gelaran atau anugerah tersebut agak berat untuk dipikul dan Wany kini harus membuktikan dirinya benar-benar layak menerima trofi berkenaan.


Umie berkongsi pandangan di InstaStory miliknya.

“Layak atau tak layak, dia sudah menang, atas usaha peminat atau sebaliknya pun tak penting untuk tahu.

“Crown (mahkota) bintang paling popular sudah jatuh pada dia. Sekarang tugas dia untuk buktikan crown itu memang wajar miliknya… berat tu dik, buktikan okay. Tahniah!,” katanya.

Pelakon filem Dukun itu berkongsi pandangannya di Instagram pada Isnin.

Sebelum ini, penyanyi lagu Menahan Rindu itu menegaskan dia dan peminatnya tidak membeli undi semata-mata untuk memenangi ABPBH31.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia melihat sendiri usaha keras peminatnya yang sanggup bersengkang mata, mengundi setiap sejam tanpa tidur.

Selain Anugerah Bintang Paling Popular, Wany turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy. – mStar Online

Tags: ABPBHUMIE AIDAwany hasrita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Ramai Artis Ternama Tarik Diri Pada ABPBH34?

04/10/2021
0

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mula diperkenalkan pada tahun 1987 dengan hanya tujuh kategori dipertandingkan ketika itu. Secara perlahan-lahan,...

Wany Hasrita Tunai Haji Atas Jemputan Kedutaan Arab Saudi

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Wany Hasrita menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd