• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Lawak Bodoh Di Twitter, Nik Nazmi Teruk Dikecam

oleh Haris
04/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA tweet lawak hambar ditujukan pada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahli Parlimen PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dikecam hebat di Twitternya hari ini.

Nik Nazmi merujuk kepada cerita dongeng Snow White, menceritakan Rosmah mungkin semasa suaminya masih perdana menteri melihat cermin dan bertanya siapa FLOM (wanita pertama) tercantik.

Coretan itu serta merta dikecam ramai, termasuk sebahagian besarnya dipercayai penduduk Setiawangsa sendiri, yang menimbulkan masalah rakyat di kawasan itu yang masih belum diselesaikan.

“YB fokus kerja la, dulu setiap minggu boleh nampak Datuk Fauzi turun padang dengan orang Setiawangsa/AU (tanpa lihat ig/fb) beliau. Sekarang ni susah nak nampak wakil rakyat turun setiawangsa,” kata seorang pengguna Twitter dikenali Omar Othman.

Teguran itu disambut pengguna lain, yang menggunakan nama Azmi Quttu: “Status YB tidak mencantikkan tweet YB itu. Seperti kata @omar_othmannn dahulu ada banyak program dianjurkan oleh pejabat YB Setiawangsa termasuklah di PPR (PPR Air Panas contohnya). Gurau senda ada masanya. Me neither left nor right, what is inappropriate is inappropriate.“

Sebahagian besar balasan terhadap coretan beliau itu berupa kritikan dan kecaman daripada orang ramai, yang menganggap lawaknya itu sebagai tidak matang dan memalukan.

Mereka mendesak Nik Nazmi sendiri melihat cermin dan menilai apa yang beliau sendiri kerjakan sebagai seorang ahli Parlimen.

Insiden ini ialah yang terbaru ahli politik Pakatan Harapan dikecam hebat di media sosial ekoran kenyataan yang dianggap tidak bijak, atau mendedahkan hal yang tidak sepatutnya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang kerap dikecam kerana kenyataan dan paparan aktiviti yang mengundang kemarahan. – Mynewshub.tv

Tags: Nik Nazmi Nik Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar, Azmin, KJ, Izzah Ada Potensi Jadi PM – TMJ

Next Post

Stevie Chan Nafi Ditaja Tun Mahathir, Azmin

Related Posts

Maya Karin Nafi Jadi Punca Nik Nazmi Bercerai

03/07/2019
0

JIKA sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang ahli politik dari parti pembangkang, kali ini, nama Maya Karin sekali lagi didakwa...

Perkahwinan 14 Tahun Nik Nazmi Berakhir

02/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya, Imaan Abdul Rahim sepakat mengakhiri perkahwinan yang dibina...

Next Post

Stevie Chan Nafi Ditaja Tun Mahathir, Azmin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd