• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Britain Tarik Balik Visa Suspek Bunuh Wartawan

oleh
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Britain akan menarik balik visa suspek Arab Saudi yang terbabit dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, kata Perdana Menteri Theresa May hari ini.

“Setiausaha Dalam Negeri mengambil tindakan ke atas semua suspek untuk melarang mereka memasuki negara ini.

“Jika individu itu memiliki visa buat masa ini, ia akan ditarik balik hari ini,” katanya kepada Parlimen.

Tindakan itu mengikut langkah sama dilakukan Amerika Syarikat semalam.

Kematian Khashoggi dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu menambah tekanan ke atas kerajaan pimpinan May untuk menggantung penjualan senjata kepada negara itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai Canselor Jerman, Angela Merkel, menggantung penjualan senjata kepada Riyadh, May menegaskan kawalan eksport pertahanan Britain adalah antara paling ketat di dunia.

May menambah, beliau akan terus mengenakan tekanan diplomatik ke atas pemimpin Arab Saudi untuk melengkapkan siasatan segera dan telus, dan akan bercakap dengan Raja Salman hari ini.

Media Britain melaporkan bahawa Maher Abdulaziz Mutreb, yang dinamakan media Turki sebagai ketua operasi membunuh Khashoggi, pernah bekerja di kedutaan Arab Saudi di London. — AFP

Tags: Jamal KhashoggiVisa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

30/08/2022
0

BEIJING: Seramai 150 penuntut Malaysia kembali ke China untuk melanjutkan pengajian masing-masing pada pertengahan bulan ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Duta Besar...

MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda

MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda

28/07/2022
0

KUCHING - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan pemberian visa kemasukan berganda kepada pelancong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd