• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Seragam Undang-Undang Syariah – Mufti NS

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, menyambut baik usaha Kerajaan Pusat untuk menyeragam dan menyelaras undang-undang syariah di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun menegaskan, sebarang cadangan pindaan terhadap hukuman sedia ada ke arah penyeragaman berkenaan perlu dibuat berlandaskan hukum syarak dan bukan logik akal manusia semata-mata.

“Secara dasarnya, kita tiada masalah dengan usaha menyelaras dan menyeragamkan undang-undang syariah untuk memastikan bentuk hukuman sesuai dengan suasana semasa.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bertindak sebagai penyelaras untuk usaha penyeragaman ini dan mufti setiap negeri dipanggil bermesyuarat bagi membincangkan mengenai pindaan yang hendak dibuat.

“Selepas itu, keputusan sama ada pindaan itu akan diguna pakai atau tidak bergantung kepada perkenan Raja, Sultan atau Yang di-Pertuan Besar sesebuah negeri,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, bahawa kerajaan sedang berusaha menyeragam dan menyelaras undang-undang Syariah di seluruh negara, semalam.

Sementara itu, mengenai kajian supaya kaedah hukuman lebih bersifat memulih di samping menghukum termasuk membabitkan perintah khidmat masyarakat, Mohd Yusof berkata, perkara itu bergantung kepada jenis kesalahan.

“Kaedah hukuman bagi tujuh kesalahan dalam Islam termasuk zina, tuduhan zina dan minum arak, tidak boleh diubah kerana sudah ditetapkan dalam al-Quran serta hadis.

“Jika penambahan hukuman seperti perintah khidmat masyarakat mahu dibuat terhadap kesalahan lain, kita tiada masalah menerimanya jika difikirkan baik,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Mufti Negeri Sembilanundang-undang syariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Boleh Main Bunga Api Melebihi Jam 12 Tengah Malam – Polis

Nik Elin, Anak ‘Busybody’ Cabar Undang-undang Syariah – Hakim Besar Sabah Dan Sarawak

09/02/2024
0

PUTRAJAYA – Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang merupakan satu-satunya hakim menentang petisyen difailkan peguam,...

Kenapa Bukan Islam Nak Tentukan Hal Orang Islam?

20/06/2019
0

SEREMBAN - Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad menegaskan adalah tidak wajar Kementerian Pendidikan mendapatkan pandangan bukan Islam bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd