• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berikan Dokumen Sebenar Bukan Dalam Format CD

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta pihak pendakwa raya mengemukakan dokumen sebenar dalam mana-mana prosiding melibatkan anak guamnya.

Muhammad Shafee, yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadapi tujuh pertuduhan jenayah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM4.2 juta telah diberikan dokumen dalam format cakera padat (CD) dan bukan dokumen sebenar atau sewajarnya oleh pihak pendakwaan.

“Jumlah dokumen itu tidak dapat diperjelaskan tetapi satu per tiga daripada dokumen dalam CD itu mempunyai kecacatan dan tidak boleh dibaca,” kata beliau pada sidang media selepas sebutan kes Najib di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Muhammad Shafee juga mahu ahli perniagaan yang dikehendaki oleh pihak beruasa, Low Teak Jho atau Jho Low keluar dari tempat persembunyian untuk memberi keterangan dalam kes ke atas anak guamnya.

Muhammad Shafee secara tegas berkata beliau ingin benar jika dapat memeriksa balas Jho Low semasa prosiding.

“Saya berharap Jho Low tampil supaya kita dapat mengetahui kebenaran, jika dia berada di sini, dia tidak dapat mengelak dan dipanggil sebagai saksi.

“Kami ada banyak dokumen, berjuta-juta tetapi kami tidak mempunyai individu untuk memberi keterangan yang dapat memberikan konteks dan makna kepada dokumen tersebut,” kata beliau sambil menambah hanya Jho Low yang boleh memberi lebih banyak maklumat mengenai dokumen tersebut.

Mengulas mengenai kes Najib, Muhamad Shafee berkata beliau dapat menyatakan bahawa mereka mempunyai pembelaan yang sangat kuat.

“Saya mencurigai bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas anak guam saya dibuat secara tergesa-gesa, saya dapat lihat bahawa siasatan ke atas anak guam saya tidak lengkap” katanya. – BERNAMA

Tags: DokumenTan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Syria Direman Akan Dihantar Balik Negara Asal

Next Post

Nenek Beralas Tikar Tunggu Berita Cucu

Related Posts

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa Titah...

Cukai RM9.41j:  Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

Cukai RM9.41j: Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

04/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan...

Next Post

Nenek Beralas Tikar Tunggu Berita Cucu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd