• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bencana Palu Peringatan Allah Akibat Maksiat

oleh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Di sebalik pelbagai teori cuba diketengahkan mengenai bencana alam di kota Palu, Sulawesi, Indonesia baru-baru ini, seorang penceramah terkenal tempatan ada hujah tersendiri.

Beliau malahan percaya kejadian tragik itu sebagai peringatan Allah SWT selepas penduduk di bandar tersebut yang dikatakan berulang kali melakukan amalan maksiat termasuk pesta pemujaan berunsur syirik secara terbuka.

Sehubungan itu, Ahmad Dusuki Abd. Rani yang melihat sendiri kemusnahan di kota berkenaan selepas bencana yang mengorbankan ribuan nyawa mengingatkan supaya umat Islam negara ini agar tidak berasa terlalu selesa.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Sela­ngor berpandangan, kemusnahan kota itu bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya telah diberi ‘peringatan’ terlebih dahulu ekoran sikap alpa penduduk de­ngan duniawi.

“Mereka (penduduk) pernah menghidupkan kembali ritual pesta pemujaan dengan merodok kambing, lembu dan dicampak ke laut pada 2016. Maka berlaku hujan lebat sebagai ‘iktibar’ tetapi mereka masih tidak ambil peduli.

“Pada 2017, mereka buat lagi dan ribut kencang serta petir sambar-menyambar, tetapi tidak diambil iktibar. Tahun ini, mereka ­ulang dan berlakulah bencana,” katanya berce­ramah di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Menceritakan suasana di beberapa kawasan di Palu, Ahmad Dusuki menyifatkan ibu kota wilayah Sulawesi Tengah itu musnah teruk akibat tiga bentuk bencana yang berlaku berturutan iaitu gempa bumi, tsunami dan banjir lumpur.

Beliau juga ketika berada di situ masih terdengar suara mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan cuba memanggil penyelamat, namun tiada apa dapat dilakukan kerana kekangan jentera untuk angkat blok-blok binaan.

“Apa yang hairannya, ada kawasan runtuh musnah, ada pula yang tidak. Ada sebuah pasar raya runtuh, tetapi rumah kedai di sebelah­nya dalam keadaan baik. Di sebuah perkampungan Balaroa, habis musnah.

“Bangunan runtuh, tanahnya seperti dikisar, banyak nyawa terkorban tetapi kawasan sebelahnya langsung tidak terkesan, rekahan pun tiada,” jelas beliau mengimbau pengalaman sewaktu menyertai misi kemanusiaan di sana.

Situasi itu ujar Ahmad Dusuki sebagai peringatan daripada Allah kepada manusia bahawa kalau terus melakukan sesuatu ditegah, dalam sekelip mata sahaja segala kenikmatan dikecapi boleh hilang. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ahmad Dusuki Abd. RaniPaluSulawesi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selepas Setahun, Mangsa Palu Masih Berjuang Teruskan Hidup

29/09/2019
0

JAKARTA - Ribuan penduduk di Indonesia kini masih berjuang membina semula kehidupan mereka setahun selepas gempa bumi kuat dan tsunami...

“Teruskan Lakonan Anda, DAP!”

20/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd. Rani berkata ‘lakonan’ beberapa pemimpin DAP di negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd