• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Banduan Didakwa Ragut Lepas Bebas Penjara

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Baru saja dibebaskan dari penjara enam bulan lepas, seorang bekas banduan sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meragut rantai leher seorang lelaki, bulan lepas.

Ezrin Ismail, 33, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Dia didakwa merompak seutas rantai emas bernilai RM4,700 kepunyaan C.Kuppusamy, 38, seorang pekerja pendawaian elektrik, di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini pada 1.40 tengah hari, 22 Sept lepas.

Tuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan jaminan kerana dia perlu menyara keluarga termasuk dua anak serta ibu bapanya, dan memberitahu isterinya bersedia menjaminnya.

Emelia Kaswati bertanyakan tertuduh adakah dia mengambil dadah dan lelaki itu memberitahu dia mengambil syabu dan kali terakhir mengambilnya sebelum dia ditangkap atas tuduhan rompak.

Emelia Kaswati kemudian memanggil isteri tertuduh di galeri awam dan bertanyakan adakah wanita itu benar-benar mahu menjamin suaminya sedangkan lelaki itu baru sahaja dibebaskan dari penjara atas tuduhan dadah selain mengakui kepada mahkamah dia masih lagi mengambil dadah.

“Suami dah pernah kena penjara. Nak jamin juga? Kalau dalam tempoh jaminan dia kena tangkap, duit jamin mahkamah boleh rampas. Sanggup hilang duit jamin? Saya tak boleh bagi jaminan seribu dua sebab ini Mahkamah Sesyen,” tanya hakim beberapa kali.

Isteri tertuduh mengangguk perlahan dan memberitahu dia memerlukan suaminya untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan sehingga kes selesai dan menetapkan 26 Okt untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: banduankes ragut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd