• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Pulih Sepenuhnya

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Petaling pulih sepenuhnya sejak pukul 11 pagi hari ini.

Antara kawasan di Kuala Langat yang pulih sepenuhnya termasuk di Kampung Orang Asli Busut Baru, Jugra dan Sungai Buaya.

Turut menerima bekalan air di daerah sama ialah Bandar Saujana Putra, Taman Banting Baru, pekan Banting, Jenjarom dan Bandar Seri Ehsan.

Sementara itu di Hulu Langat meliputi Bandar Baru Bangi, Kajang, Bandar Teknologi dan Desa Surada, Sungai Ramal manakala di Sepang meliputi sebahagian Putrajaya dan Cyberjaya.

Turut menerima bekalan air di beberapa kawasan di Petaling iaitu di Taman Puchong Intan, Pusat Bandar Puchong, Veterinar Universiti Putra Malaysia, Hospital Serdang dan Taman Wawasan.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, pemulihan secara berperingkat berjalan lancar dan beberapa kawasan mendapat bekalan air seawal pukul 6 pagi.

“Bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna berikutan kerja-kerja mengganti peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih berjaya disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tags: bekalan airLoji Rawatan Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd