• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Kawasan Dinaiki Air Di Klang

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di Klang dekat sini dinaiki air sehingga kira-kira 0.5 meter berikutan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku petang tadi.

Jurucakap Unit Pengurusan Bencana Selangor berkata kawasan yang dinaiki air adalah di Kampung Delek Kiri, Taman Bukit Kemuning dan Taman Melawis.

“Di Kampung Delek Kiri air naik kira-kira sehingga paras lutut berikutan hujan lebat sejak petang tadi, ia ditambah dengan kunci air di Kampung Sungai Sireh yang tidak dapat dibuka menyebabkan air melimpah ke jalan raya dan kediaman penduduk.

“Di Taman Bukit Kemuning pula air naik sehingga 0.2 meter selain fenomena air pasang besar yang menyebabkan paras air di Sungai Rasau meningkat dengan mendadak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tambah jurucakap berkenaan, Taman Melawis pula dinaiki air mulai pukul empat petang berikutan hujan lebat dan peningkatan paras air Sungai Klang akibat fenomena berkenaan.

Bagaimanapum menurut jurucakap itu, tiada mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan pihak bertanggungjawab akan sentiasa memantau keadaan, arahan untuk berpindah akan dikeluarkan jika perlu.

Berdasarkan jadual pasang surut air bagi kawasan Pelabuhan Klang, paras air diramalkan akan berada pada paras tertinggi mulai pagi tadi sehingga Khamis ini dengan ketinggian mencecah 5.6 meter. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Klip Video Fitnah, Bermotif Politik – Raymond

Next Post

TUDM Bawa Jengkaut Seberat 22 Tan Ke Palu

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

Next Post

TUDM Bawa Jengkaut Seberat 22 Tan Ke Palu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd