• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Maut Dikelar Ibu Kandung Dikebumi Petang Ini

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mayat bayi lelaki berusia lapan bulan yang maut selepas dikelar ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani, Kota Belud pada Khamis lepas dijangka dikebumikan petang ini.

Menurut nenek saudara mangsa, Siti Fatimah Yusof, mayat Jerry Yohanes akan terus dibawa pulang untuk dikebumikan sama ada di Tanah Perkuburan Telipok atau Kampung Padang Pulau Mantanani selepas proses bedah siasat selesai.

Wanita itu yang ditemui Bernama di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini hari ini juga berkata keadaan dua daripada tiga lagi kanak-kanak yang cedera parah dalam kejadian tersebut kini stabil dan dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, dekat sini.

“Saya belum pasti akan keadaan anak yang seorang lagi…namun diharapkan mereka cepat sembuh,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari Khamis lepas di kuarters sebuah resort di pulau peranginan berkenaan, seorang wanita yang dipercayai menghidap kemurungan bertindak mengelar empat anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan.

Bayi tersebut maut di tempat kejadian manakala dua kakak dan abangnya mengalami kecederaan parah. – BERNAMA

Tags: bunuh bayiIbu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

10/08/2025
0

KOTA KINABALU - Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd