• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Saudara Didakwa Sumbat Anak Buah Ke Mesin Dobi Layan Diri

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Seorang penganggur yang videonya tular dalam media sosial ekoran menyebabkan kanak-kanak lelaki terperangkap hampir 10 minit apabila ‘disumbat’ ke dalam mesin basuh dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang, awal bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan anak saudaranya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh secara tergopoh-gopoh sehingga membahayakan keselamatan mangsa di dalam kedai dobi Laundrybar, No. 11 & 11-1, Jalan Orkid 1G/2, Seksyen BS1, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada pukul 12.30 tengah malam, 2 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya.

Azmil Muntapha tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada ahli keluarganya yang hadir ke mahkamah dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, gurauan melampau bapa saudara menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap hampir 10 minit di dalam mesin basuh di sebuah kedaidobi layan diri.

Tindakannya memasukkan kanak-kanak itu dalam mesin basuh mengundang padah apabila pintu mesin basuh itu tidak dapat dibuka.

Video berdurasi dua minit 46 saat turut tersebar dalam media sosial.

Ia memaparkan beberapa individu cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tags: mesin dobisumbat anak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd