Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Video: Polis Tangkap Wanita...

SEBUAH video yang memaparkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat yang bertindak kasar...

Polis Johor Aktifkan Anggota...

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengaktifkan penugasan kawalan melibatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah...

Insentif Diskaun Peminjam PTPTN...

KUALA LUMPUR - Bagi menggalakkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat...

Gambar Budak Kecil Sama...

PERNAHKAH anda terbayang perasaan ibu bapa sekiranya terjumpa anak patung yang menyerupai anak...

Bapa Rogol Anak Tiri Dipenjara 29 Tahun, 20 Sebatan

PETALING JAYA – Seorang penjaga stor dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan merogol anak tirinya di Seri Kembangan, Serdang, Selangor.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap remaja perempuan itu.

Bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dengan 12 sebatan, serta 15 tahun penjara berserta lapan kali sebatan bagi kesalahan sumbang mahram.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara berasingan, bermula dari tarikh tangkap pada 1 Okt lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa tiga anak itu didakwa merogol anak tirinya berusia 19 tahun pada 8 pagi, 26 Ogos lalu mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah melakukan sumbang mahram dengan mangsa sama yang ketika kejadian berusia 15 tahun, antara 2014 dan 2015, mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan antara 2014 dan Ogos lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh mengambil kira faktor mangsa merupakan anak yang seharusnya dilindungi tertuduh.


“Sebagai ketua keluarga, tertuduh seharusnya melindungi mangsa, bukan dengan cara begini yang merosakkan masa depannya. Saya mohon satu hukuman yang sangat berat yang dapat mencerminkan keseriusan kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai tiga anak yang masih kecil selain isteri yang tidak bekerja.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa berusia 15 tahun, mangsa yang sedang tidur di dalam biliknya didatangi tertuduh yang menggunakan kunci pendua dan terus merogolnya.

Apa yang berlaku berlanjutan sehingga mangsa berusia 19 tahun dan berlaku sebanyak sebulan sekali. Mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian kemudian mengadu kepada kakaknya dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. – BERNAMA

Kategori