• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Landa Lebuh Raya LDP

oleh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4 petang mengakibatkan banjir kilat di KM 23.4-KM 24 arah Selatan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Bandar Puteri Puchong, berhampiran IOI Mall, dekat sini, hari ini.

“Pasukan Kecemasan diarah untuk berada di lokasi bagi membantu pengguna yang memerlukan bantuan segera. Setakat pukul 6.07 petang, semua lorong kini boleh dilalui serta banjir kilat mulai surut dan trafik sesak,” menurut kenyataan LDP dalam laman twitter rasminya hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian laman Twitter rasmi @LDPtrafik atau menghubungi talian bantuan LDP menerusi 03-7494 7333.

Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal.

Rakaman video mengenai banjir kilat berdurasi 30 saat di lebuh raya itu kini tular dalam laman sosial.

Sementara itu dalam satu kenyataan malam ini, syarikat pemegang konsesi LDP, Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK) menyatakan siasatan awalnya mendapati banjir kilat berlaku antaranya kerana limpahan banjir lumpur akibat kerja pembinaan berhampiran Persimpangan Bandar Puteri yang mengalir ke laluan utama LDP.

Hujan lebat pada hari ini dengan rekod taburan hujan sebanyak 117.5 milimeter dikategorikan sebagai “sangat lebat” di bawah skala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, katanya.

“Paras air di Sungai Klang juga didapati amat tinggi ketika kejadian hujan lebat berlaku dan telah menyebabkan air tidak dapat melalui sistem perparitan sedia ada dan melimpah di kawasan LDP dan sekitar,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan ketika kejadian banjir kilat tersebut, longkang dan pembetung di kawasan terlibat didapati telah diperiksa dan diselenggara mengikut tetapan rutin.

LITRAK menegaskan bahawa tindakan segera dan proaktif telah diambil untuk mengurangkan kesan banjir kilat yang telah surut kira-kira jam 6.04 petang.

“Pasukan Penyelenggaraan LITRAK dan Pasukan Respons Kecemasan turut diarahkan serta merta ke lokasi untuk mengalihkan sebarang halangan yang disebabkan oleh banjir kilat tersebut dan membantu pengguna yang memerlukan bantuan segera,” katanya.

Dalam pada itu, LITRAK turut menafikan beberapa laporan berita yang tersebar di media sosial bahawa kawasan yang terjejas ialah kawasan LDP berhadapan Pusat Beli Belah IOI.

“Lokasi yang terjejas adalah di Bandar Puteri Puchong dan bukan seperti yang dinyatakan oleh beberapa laporan berita yang tersebar melalui media sosial,” kata kenyataan yang turut mohon maaf kepada pengguna lebuh raya di atas sebarang kesulitan yang timbul akibat kejadian itu. – BERNAMA

Tags: banjir kilatLDP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd