Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Penjelasan Hukum Forex Trading

Soalan:Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Bolehkah saya minta penjelasan berkenaan hukum Forex Trading?Ikuti Mynewshub: TelegramJawapan:Waalaikumussalam...

Najib Terima Kunjungan Imam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima...

Warkah Ustazah Nor Bahyah...

SIAPA yang tidak kenal dengan pakar motivasi dan personaliti TV, Dato' Ustazah Siti Nor...

Kilang Senjata Api Pertama...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP...

ATM, Polis Rampas Barang Seludup RM1.5 Juta Di Serkin

KUCHING – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan rampasan barangan seludup dan curi bernilai RM1.5 juta di sekitar Serikin, Bau dekat sini sejak awal tahun ini sehingga Oktober, kata Penglima Tiga Briged Jen Mohd Bustaman Mat Zin.

Katanya, antara rampasan itu ialah 21 motosikal, 10 kenderaan pelbagai jenis, dua laras senjata api, telefon selular (22), barangan kawalan, iaitu 800 kotak sosej, 39 bungkus milo, 15 papan telur dan 57 guni bawang putih.

“Dengan siapnya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo kelak, aktiviti penyeludupan lintas sempadan di negeri ini berkemungkinan akan meningkat.

“Saya menyambut baik cadangan Jabatan Kastam untuk membina pos-pos keselamatan dan kawalan ketat di kawasan tertentu bagi memantau aktiviti haram itu,” katanya ketika menyempurnakan perbarisan ulang tahun ke-59 Briged Ketiga Infantri Malaysia yang disertai seramai 28 pegawai dan 380 anggota lain-lain pangkat di sini hari ini.

Bustaman menyeru seluruh warga Tiga Briged untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara dan negeri Sarawak. – BERNAMA

Kategori