Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pemimpin G7 Ikrar Pastikan...

BRUSSELS - Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara pada Khamis mengecam operasi ketenteraan khas...

Video: 3 Bulan Sahaja...

MENGAGUMKAN!... Begitulah ungkapan yang dapat digambar buat dua orang pelajar tahfiz ini yang...

Kadar Positif Kes COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kadar positif terkini bagi kes COVID-19 melibatkan kluster PUI (pesakit dalam...

Kebakaran Hutan Di AS,...

LOS ANGELES - Kira-kira 613 buah rumah di Ventura County di California, Amerika...

‘Ask Mi’ Diwujudkan Beri Info Bantu Pelancong Di KKIA

KOTA KINABALU – Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah mewujudkan perkhidmatan ‘Ask Mi’ atau pembantu pelancong yang bertujuan memberi maklumat kepada pelancong yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata pembantu pelancong itu ditempatkan di pintu ketibaan KKIA bagi kemudahan pelancong domestik dan antarabangsa untuk mendapatkan maklumat tentang pelancongan Sabah.

“Pelancong yang baru tiba di lapangan di KKIA boleh mendapatkan maklumat daripada pembantu pelancong berkenaan seperti lokasi tempat makan, hotel dan pusat pelancongan menarik yang ada di negeri ini.

“Pembantu pelancong ini boleh bertutur sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu dan Cina serta telah diberi latihan sebagai pekerja barisan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan perkhidmatan ‘Ask Mi’ di KKIA hari ini.

Beliau berkata seramai 10 pembantu pelancong kini ditempatkan di KKIA dan jumlahnya akan ditambah bergantung kepada permintaan pada masa akan datang.

“Kita mahu memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelancong yang datang ke Sabah. Perkhidmatan pembantu pelancong ini bukan sahaja dapat membantu mempromosikan destinasi pelancongan di Sabah, tetapi ia juga dapat menjadikan lapangan terbang ini sebagai mesra pelancong,” tambahnya.


Liew berkata perkhidmatan pembantu pelancong itu juga telah diletakkan di beberapa pusat beli-belah di bandaraya ini dan akan diperluaskan di lapangan terbang Sandakan dan Tawau.

“Usaha ini bukan sahaja dapat mempertingkatkan sektor pelancongan di negeri ini, namun ia juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan di Sabah,” tambahnya.

Sementara itu, ditanya mengenai Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah esok dan Ahad ini, Liew yang juga pengerusi PKR Sabah berkata seramai 140,000 anggota parti di negeri ini layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang.

“Tiada isu panas atau masalah yang timbul…. kita melihat pertandingan ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi… kalau tiada pertandingan, tiada juga penambahbaikan dalam parti,” katanya. – BERNAMA

Kategori