• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Nafi Bunuh Jamal

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Arab Saudi menafikan bahawa Jamal Khashoggi dibunuh di dalam konsulat negara itu di Istanbul dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘penipuan dan tuduhan liar’ selepas Riyadh dan Ankara berbalah mengenai nasib wartawan yang hilang tersebut.

Satu delegasi Arab Saudi berada di Turki bagi membincangkan kes tersebut yang kian merapuhkan hubungan antara dua buah negara itu, selain menyebabkan kerosakan serius kepada pembaharuan reformasi Putera Mahkotanya, Mohammed Bin Salman serta hubungan kerajaan itu dengan Barat.

Kontroversi semakin memuncak apabila akhbar Washington Post melaporkan pegawai Turki mempunyai rakaman dari dalam bangunan yang membuktikan tuduhan mereka bahawa Jamal diseksa dan dibunuh di konsulat itu.

Nama-nama besar media dan perniagaan mula membatalkan kehadiran mereka ke persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh bulan ini.

Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah membuat kehadiran bersyarat berdasarkan keputusan kes itu oleh Arab Saudi.

Dalam reaksi pertama Arab Saudi berkenaan tuduhan pembunuhan Jamal, Menteri Dalam Negerinya, Putera Abdel Aziz bin Saud mengecam: “Apa yang dilaporkan di sesetengah media merupakan satu tuduhan palsu yang membimbangkan terhadap Arab Saudi, dalam kes kehilangan warga negara bernama Jamal.”

“Apa yang dilaporkan ber­ke­naan isu arahan untuk membunuhnya adalah satu penipuan, mengarut dan tuduhan tidak berasas,” kata menteri tersebut dalam ulasan yang dilaporkan media rasmi, Saudi Press Agency.

Tambahnya, kerajaan itu sentiasa mematuhi undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Jamal yang merupakan wartawan Arab Saudi dan penyumbang laporan Washington Post hilang pada 2 Oktober lalu selepas memasuki konsulat berkenaan bagi mendapatkan dokumen perkahwinannya yang bakal dilangsungkan.

Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan mencabar Arab Saudi menyerahkan rakaman tele­visyen litar tertutup bagi menyokong kenyataan bahawa Jamal telah meninggalkan konsulat berkenaan dengan selamat.

Jamal merupakan warga negara Arab Saudi yang menetap di AS sejak 2017 kerana bimbang ditahan, mengkritik beberapa dasar Mohamed bin Salman dan campur tangan Riyadh dalam perang di Yemen. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Arab Saudikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd