• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Mungkin Mengaku Wartawan Dibunuh – Media AS

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Arab Saudi sedang menimbangkan kemungkinan untuk mengaku bahawa wartawan Jamal Khashoggi meninggal dunia ketika disoal siasat, lapor media Amerika Syarikat (AS) semalam.

Khashoggi yang memiliki kerakyatan Arab Saudi tetapi menetap di AS sebelum ini sering memberikan kritikan keras terhadap Putera Mahkota Mohammed Salman dan beliau dilaporkan hilang sejak dilihat memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu bagi menguruskan dokumen perkahwinan.

Kerajaan Turki berkata mereka percaya lelaki itu telah dibunuh, satu dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Arab Saudi.

CNN bagaimanapun memetik kenyataan dua sumber bahawa kerajaan kaya minyak itu sedang menyediakan laporan yang mengakui bahawa wartawan berkenaan meninggal dunia ketika sedang disoal siasat selepas satu penculikan terancang.

Seorang sumber CNN menarik perhatian, laporan itu masih dalam penyediaan dan mungkin diubah manakala seorang lagi sumber berkata, ia mungkin memberitahu bahawa satu operasi telah dilaksanakan tanpa kebenaran dan pihak bertanggungjawab akan dihukum.

Akhbar Wall Street Journal, memetik kenyataan individu yang tahu mengenai perkara itu melaporkan, Arab Saudi sedang menimbangkan kemungkinan untuk memberitahu bahawa wartawan terbabit terbunuh secara tidak sengaja ketika disoal siasat.

Akhbar berkenaan, sama seperti CNN juga memetik sumber mereka sebagai berkata, laporan itu masih belum diputuskan.

Nasib menimpa Khashoggi menyebabkan hubungan antara Washington dan Arab Saudi serta sekutu Barat mereka yang lain berada dalam keadaan bermasalah ketika ini.

Presiden AS, Donald Trump semalam berkata, beliau telah bercakap dengan Raja Salman yang menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan baginda terbabit dalam kehilangan Khashoggi.

Trump turut menghantar Setiausaha Negara Mike Pompeo ke Arab Saudi semalam bagi mendapatkan maklumat sebenar mengenai kes berkenaan.

“Beliau juga mungkin akan ke Turki dan mungkin juga tidak,” katanya dalam lawatan ke Alabama. – AFP/BH ONLINE

Tags: Arab Saudiwartawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd