• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Siap Siaga Hadapi Musim Banjir

oleh Cj Mnh
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam proses agih 200 buah bot baharu jenis aluminium dan getah kepada negeri-negeri bagi hadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Sukiman Ahmad berkata peruntukan bagi setiap negeri adalah bergantung kepada keperluan negeri berkenaan.

“Kita akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi berkaitan banjir yang ditambah baik dari semasa ke semasa bergantung kepada pengalaman dan keperluan situasi.

“Secara purata, terdapat 300 anggota dan pegawai APM akan ditempatkan di setiap daerah yang akan dibahagikan kepada tiga syif setiap hari bagi membantu operasi banjir,” katanya.

Sukiman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan APM Pahang dan penyerahan 20 buah bot baharu kepada APM Pahang yang diwakili Pengarahnya Zainal Yusoff di ibu pejabat APM Pahang di sini, hari ini.

Mengulas mengenai persediaan APM Pahang, Sukiman berkata penyerahan bot baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan aset yang dimiliki meningkat kepada 105 buah bot selain 15 buah lori, ambulans (16), kenderaan pacuan empat roda (17) dan jentera menyelamat (3)

“Selain itu kita juga menempatkan dua daripada 29 buah bot dwifungsi di Pahang.

“APM juga bersedia untuk menghantar aset bantuan dari negeri lain ke Pahang jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Sukiman menambah pihaknya juga akan membekukan cuti semua pegawai dan anggotanya di Pahang bermula 15 Nov depan sehingga pertengahan Januari 2019 sebagai persediaan menghadapi banjir.- BERNAMA

Tags: APMBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd