• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Anita Sarawak Mahukan Kehidupan Seperti Orang Biasa”

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Noorkumalasari memberitahu kakak tirinya iaitu Anita Sarawak mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Noorkumalasari, 62, berkata walaupun Anita tidak menghubunginya namun dia masih mengetahui tentang keadaan penghibur bertaraf superstar itu melalui adik-beradik yang lain.

“Sebenarnya Anita mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Dia tidak mahu lagi hidup sebagai orang yang dikenali.

“Saya tahu keadaan dia pun daripada kakak saya. Dia tak hubungi saya sebab tahu media akan mencari dan bertanya tentangnya pada saya.

Noorkumalasari dedah Anita mahu jalani kehidupan seperti orang biasa.

“Abang Mahathir beritahu mereka menjalankan perniagaan hartanah, jadi selalu berpindah randah di sekitar Amerika Syarikat,” katanya kepada mStar Online.

Noorkumalasari ditemui di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Pelakon yang pernah terkenal dengan filem-filem seperti Adik Manja, Esok Untuk Siapa dan Mira Edora ini menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada malam itu.

Dalam pada itu, Noorkumalasari meminta semua pihak tidak mempercayai berita tentang perkembangan terbaharu Anita Sarawak.

Tegas Noorkumalasari, semua berita mengenai Anita, 66, kini mengidap penyanyi kanser dan rumah tangganya sudah berakhir itu tidak benar.

Noorkumalasari

“Semuanya tidak benar. Anita dan Mahathir masih lagi bersama dan tidak pernah bercerai seperti yang diperkatakan ramai.

“Keadaan kesihatan Anita juga baik dan dia sihat sahaja. Berita mengenai dia mengidap kanser itu juga tidak betul.

“Dia tak hubungi saya sebab tahu media akan mencari dan bertanya tentangnya pada saya. Tapi dia ada hubungi dan berborak dengan kakak saya,” ujarnya.

Beberapa bulan lalu timbul gosip mengatakan penghibur itu kini mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Manakala tahun lalu, heboh pula kisah mendakwa Anita kembali menetap di Singapura selepas seorang peminat dikatakan terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.

Anita menghilangkan diri sejak pertengahan 2011 selepas dikatakan merajuk dengan sebuah stesen TV. Tujuh tahun sudah berlalu, kehilangan Anita terus menjadi tanda tanya. – mStar Online

Tags: anita sarawakNoorkumalasari
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Anita Sarawak, Suami Jual Kediaman Di Las Vegas?

11/10/2017
0

SUDAH lama kita tidak mendengar kisah diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang pernah terkenal menerusi beberapa lagu hits seperti 'Akhirnya,...

“Saya Akan Berlakon Jika Waktu Solat Di Masjid Tak Diganggu”

02/04/2016
0

SELEPAS berhijrah, umum mengetahui pelakon dan penyanyi terkenal era 90-an Noorkumalasari telah mengambil keputusan untuk tidak lagi berkecimpung dalam dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd