• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota SPRM Ada Di Lokasi Pemilihan PKR NS

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN — Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berada di kesemua lokasi pengundian pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini, bagi mencegah amalan politik wang.

Pengerusi PKR negeri Aminuddin Harun berkata, pihaknya difahamkan penguatkuasa agensi tersebut akan membuat pemantauan di kesemua lapan lokasi pusat pemilihan.

“Kalau perlu, kita akan jemput SPRM untuk membuat pemantauan walaupun sebenarnya kita tahu mereka akan sentiasa memantau jika ada proses pemilihan atau pengundian di seluruh negara ini juga termasuklah dengan Negeri Sembilan.

“Kita harap semua pihak dalam parti pertahankan prinsip reformasi yang diperjuangkan sejak awal penubuhan PKR hampir 20 tahun lalu ini termasuklah menolak politik wang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa politik wang telah berlaku secara berleluasa di enam negeri yang telah mengadakan pemilihan sebelum ini.

Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menjangkakan keadaan sama akan berlaku pada pemilihan di Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin yang juga Menteri Besar berkata pihaknya akan meminta bantuan polis untuk mengawal semua lapan lokasi pemilihan bagi mengelakkan sebarang kekecohan seperti apa yang telah berlaku di beberapa negeri sebelum ini.

“Dalam keadaan sekarang, kita anggap semua tempat sebagai kawasan panas… saya berharap kempen dilakukan secara bersih dan tiada provokasi dilakukan kerana boleh mencetuskan kekecohan pada hari pengundian.

“Pemilihan kali ini saya jangka akan membabitkan lebih 40,000 anggota di lapan cabang seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai acara pesta arak Oktoberfest, Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam negeri menegaskan, kerajaan negeri tidak membenarkan penganjuran pesta tersebut di Negeri Sembilan.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak menerima permohonan malah jika ada sekali pun tidak akan meluluskan penganjuran pesta itu kerana ia bukan budaya dan cara kita.

“Kalau mahu minum di tempat persendirian tiada masalah, tetapi tidak perlu adakan pesta,” ujarnya. – BERNAMA

Tags: anggota SPRMPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd