• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Ditipu Pegawai Tawar Skim Cepat Kaya

oleh
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kita biasa dengar orang awam ditipu penjenayah tetapi di Thailand, seorang pegawai kanan polis menipu 196 orang bawahannya dengan menawarkan skim cepat kaya.

Akibatnya, mangsa kerugian sebanyak 240 juta baht (RM30.24 juta), lapor portal berita Thailand, semalam.

Bekas ketua polis wilayah dan pengerusi koperasi polis itu memujuk ‘anak buahnya’ untuk meminjam daripada koperasi bagi membayar balik hutang mereka.

Dia kemudian menawarkan untuk mengurus wang pinjaman mereka dan menjanjikan pulangan pelaburan 5,000 baht (RM630) setiap bulan.

Bagaimanapun, selepas mendapat wang daripada peminjam, dia gagal membayar pulangan bulanan itu termasuk hutang asal mereka.

Malah, salah seorang peminjam diserang sakit jantung dan meninggal dunia 31 Ogos lalu selepas melihat hutangnya meningkat dan pelaburannya tidak menjadi.

Pegawai polis terbabit telah digantung tugas Ogos lalu sehingga selesai siasatan jenayah disiplin dan jenayah.

Dia menjadi antara orang penting dalam satu sindiket untuk melakukan penipuan itu.

Setakat ini, penyiasat telah menemubual 435 orang berhubung perkara itu dan seramai 42 suspek dikenal pasti dengan 31 daripada mereka telah didakwa.

Lima lagi suspek telah menghubungi pihak polis dan menyatakan niat menyerah diri.

Selain itu, daripada keseluruhan wang yang telah diambil, sebanyak 10.5 juta baht (RM1.3 juta) telah dipulangkan, kata polis.

Pihak berkuasa juga merampas beberapa hartanah dan aset lain berhubung siasatan ke atas penipuan itu. – Agensi

Tags: anggota polisskim cepat kaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd