• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Mula Penerbangan Ipoh-Singapura Disember Ini

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan dari Ipoh-Singapura-Ipoh mulai 2 Dis ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri,Tan Kar Hing.

Beliau berkata perkara itu disahkan pihak AirAsia pagi ini dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu.

“Mengikut jadual penerbangan setiap minggu akan ada empat kali penerbangan iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Kami gembira sebab perjalanan terus antarabangsa dari Ipoh dapat ditambah.

“Dengan penerbangan ini kita harapkan lebih banyak penerbangan antarabangsa lain akan ada di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh (IIFW) 2018 di Lost World Of Tambun di sini, hari ini.

IIFW’18 yang memasuki tahun kedua akan berlangsung selama tiga hari mulai 9 Nov ini dengan tema ‘Even Bigger’ dan bakal menampilkan rekaan 10 pereka fesyen terkemuka tanah air serta antarabangsa.

Tan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menambah penerbangan antarabangsa termasuk dari Ipoh ke Thailand dan China sama ada secara terus atau sewa khas.

Pada masa ini, Perak menerima ketibaan penerbangan domestik dan antarabangsa dari beberapa syarikat iaitu Malindo, AirAsia, Firefly serta syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot.

Mengulas lanjut, Tan berkata penerbangan dari Singapura ke Ipoh dijangka tiba di LTSAS pada 9.45 pagi, manakala dari Ipoh ke Singapura akan berlepas 12.50 tengah hari.

“Dengan penyertaan AirAsia dalam laluan emas ini ia boleh memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dari segi harga yang lebih baik dan slot masa berlainan,” katanya.

Mengenai cadangan membesarkan LTSAS, beliau berkata setakat ini lapangan terbang itu tidak mempunyai masalah untuk membolehkan kapal terbang jenis Boeing 737 dan Airbus jenis A320 berlepas atau mendarat.

“Setakat ini syarikat penerbangan tambang murah menggunakan kapal terbang jenis 737 dan A320, jadi landasan sepanjang dua kilometer sudah mencukupi,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsiapenerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd