Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Orang Bukan Islam Tidak...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada penglibatan masyarakat bukan Islam...

Polis Buru Lelaki Indonesia...

TAWAU - Polis giat memburu seorang suspek warga Indonesia bagi membantu siasatan kes...

PAS Rayu Ahli Derma...

PAS memohon penyokongnya beri sumbangan walaupun cuma RM10 untuk bantu kempen parti itu...

Ular Sawa Batik 100Kg...

KUANTAN - Penduduk Kampung Pelindung Pantai di sini 'menerima tetamu tidak diundang' iaitu...

Agenda Sebenar Tolak Ketuanan Melayu, Kedudukan Agama Islam

BUKAN sesuatu yang pelik bila menteri muda dari PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ketuanan Melayu sudah berakhir.

Menteri yang suka mengundang kontroversi ini bercakap hal ini boleh jadi kerana dua perkara, yakni beliau seorang yang liberal dan tidak faham isu ketuanan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan kedua kerana tuntutan dalaman Pakatan Harapan sendiri.

PPBM mahu menjadi parti yang menggantikan UMNO, tetapi pada masa yang sama mahu mengambil hati dan menunjukkan wajah liberal sesuai dengan realiti “Malaysia baharu”.

Syed Saddiq ialah “wakil” terbaru yang “ditugaskan” untuk menyampaikan pandangan menolak ketuanan Melayu.

Pemimpin bukan Melayu sudah lama bercakap tentang hal ini, dan mereka memerlukan suara daripada pemimpin Melayu sendiri untuk menunjukkan penolakan ketuanan Melayu disepakati semua.

Segmen pengundi yang menolak ketuanan Melayu inilah yang memenangkan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, maka PPBM turut sama mesti mengambil hati mereka dan tidak menunjukkan imej seperti UMNO yang mahu digantikan.

Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan sikap generasi baru seperti Syed Saddiq sendiri yang tidak mendalami sejarah dan hidup pada zaman yang jauh lebih senang berbanding dulu.

Mereka juga cenderung menganggap isu seperti keistimewaan Melayu, kedudukan bahasa Melayu dan raja-raja Melayu sebagai hal zaman lalu dan semakin tidak relevan.


Isu berkaitan ketuanan bangsa ini sudah lama dimanipulasi oleh bukan Melayu yang anti-Melayu dan Melayu yang liberal sebagai satu usaha menolak bukan sahaja ketuanan Melayu tetapi juga kedudukan agama Islam.

Penentang ketuanan Melayu terutama dari kalangan bukan Melayu suka memberi tafsiran salah ketuanan Melayu untuk memburukkan konsep yang mudah dan telah diterima dalam kontrak sosial negara.

Ketuanan seperti kedudukan tuan bangsa Cina di China dan bangsa India di India boleh diterima tetapi ketuanan Melayu dianggap rasis dan melampau serta perlu dihapuskan.

Inilah sebahagian daripada idea-idea atau gagasan utama PH dan kelompok liberal yang menyokongnya.

Hasrat untuk meratifikasi konvensyen PBB yang bertentangan dengan perlembagaan negara ialah antara yang diperjuangkan untuk memenuhi agenda mereka menolak ketuanan Melayu dan kedudukan agama Islam.

Kenyataan Syed Saddiq itu ialah sebahagian usaha untuk menanamkan pemahaman bahawa ketuanan Melayu tidak relevan lagi, untuk memudahkan agenda liberal menolak kedudukan istimewa Melayu dan sekaligus agama Islam di Malaysia. – Mynewshub.tv

Kategori