• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Disabit Salah Dera Seksual Gadis Remaja

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Siasatan menyeluruh ke atas eksploitasi seksual membabitkan kanak-kanak di sebuah pekan di utara England membawa kepada sabitan jenayah tujuh lelaki yang menjadikan remaja perempuan sebagai sasaran.

Kesemua anggota kumpulan jenayah itu disabitkan dengan pelbagai kesalahan termasuk, serangan tidak bermoral dan mengurung ramai gadis muda di Rotherham.

Seorang daripada mangsa memberitahu Mahkamah Sheffield Crown bagaimana dia mengadakan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya 100 lelaki dari etnik Asia Selatan menjelang usia 16 tahun.

BBC melaporkan, kesemua lelaki yang disabitkan dengan pertuduhan jenayah itu berketurunan Pakistan dan didapati bersalah mendera lima gadis remaja selama tujuh tahun.

Kes itu dikesan dari siasatan Agensi Jenayah Nasional (NCA) berhubung eksploitasi seksual kanak-kanak di Rotherham yang berjaya mengenal pasti lebih daripada 1,500 mangsa.

Satu siasatan menyeluruh dimulakan serentak dengan pendedahan pada tahun 2014 mengenai siri penderaan seksual di Yorkshire antara 1997 hingga 2013 dan kegagalan polis serta khidmat sosial untuk campur tangan.

Juri semasa perbicaraan diberitahu, kesemua gadis berkenaan yang menjadi mangsa ketujuh-tujuh lelaki terbabit kini berusia dalam lingkungan 30an.

“Apabila mencecah usia remaja, mereka menjadi sasaran, didera secara seksual termasuk dengan ganas di tangan semua lelaki ini,” kata pendakwa Michelle Colborne.

Tujuh penjenayah itu akan dijatuhkan hukuman pada 16 November ini manakala semua mangsa berusia 14,15 dan 16 tahun ketika kejadian. – AFP/BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: gadisSerangan Seksual
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Riyadh Perlu Bertanggungjawab – Hatice Cengiz

Next Post

20 Cedera Insiden Letupan Bom Di Tunisia

Related Posts

Kenderaan Dicuri Akibat Kecuaian Tidak Boleh Tuntut Insurans

Pelakon Squid Game Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Laku Serangan Seksual

15/03/2024
0

Seoul: Pelakon 'Squid Game' O Yeong-su didapati bersalah atas salah laku seksual oleh Mahkamah di Korea Selatan, kerana menyerang seorang...

Firdaus Wong Dikecam Selepas Dedah Bukti Serangan Seksual

27/09/2021
1

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa menerima kecaman daripada orang ramai selepas mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual...

Next Post

20 Cedera Insiden Letupan Bom Di Tunisia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd