• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

546 Kes Jenayah Babit Bawah 18 Di Kelantan

oleh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengaruh rakan dan lokasi bersempadan negara jiran ialah antara faktor yang mendorong kanak-kanak bawah umur 18 di Kelantan terlibat dengan jenayah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata, dari Januari hingga bulan lepas, sebanyak 546 kes jenayah membabitkan golongan itu direkodkan di negeri itu.

Kebanyakan jenayah yang direkodkan adalah berkaitan mencuri dan pengambilan air ketum atau pil khayal, katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Media Bersama JKM Kelantan di sini, hari ini.

Kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan negara jiran juga menyebabkan mereka mudah terpengaruh dan mudah mendapatkan bekalan dadah.

Katanya antara mereka ada yang masih bersekolah dan ada yang telah tercicir persekolahan, malah berdasarkan rekod, ada juga kanak-kanak seawal usia 12 tahun yang turut dikesan terlibat dengan pengambilan dadah akibat pengaruh rakan.

Said berkata semua yang terlibat telah dikenakan tindakan termasuk dihantar menjalani pemulihan selain dikenakan bon berkelakuan baik.

“Bagi menangani masalah ini JKM menjalankan banyak program termasuk mengadakan aktiviti di sekolah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan menerangkan kesan buruk penyalahgunaan dadah serta mengenai hak kanak-kanak seperti yang diperuntukkan (di bawah akta berkaitan),’’ katanya.

Katanya sebanyak 567 kes direkodkan pada 2016 dan 670 kes pada 2017.

Dalam perkembangan lain, Said berkata setakat Oktober tahun ini, seramai 44,815 orang telah diberi bantuan oleh JKM Kelantan melibatkan sebanyak RM125 juta dengan penerima terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, golongan terlantar dan warga emas.

Bantuan adalah daripada peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan. – BERNAMA

Tags: Jenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd