• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Pelajar, Pensyarah UMK Selamat Tiba

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kesemua 40 pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berdepan detik cemas dalam kejadian jeti runtuh di Pulau Anak Tikus, Langkawi, Isnin lepas selamat tiba di Kampus UMK Jeli, semalam.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Dr Zaliman Sauli berkata kesemua mereka merupakan anggota Kelab Eksplorasi (Geosains) yang menyertai program ‘International GeoExploration de Langkawi’ bagi melakukan penyelidikan.

“Dalam kejadian itu tiada pelajar yang cedera parah dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Makan Malam bersempena Perasmian ‘Corporate Director Training Programme’ (CDTP) di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Akademi Latihan dan Pengurusan Pengetahuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Amir Ahmad.

Zaliman berkata ekspedisi kajian yang merupakan silibus pelajar tahun tiga jurusan Geosains itu yang dijadualkan berakhir esok dihentikan dan pelajar diarahkan pulang ke kampus bagi mengelakkan trauma terhadap mereka yang terlibat.

Beliau berkata Langkawi dipilih sebagai tempat kajian kerana ia merupakan kawasan global geopark di Asia Tenggara dan memiliki nilai geologi yang unik serta nilai sejarah yang tinggi sesuai untuk diterokai oleh pelajar.

Katanya UMK akan mengetatkan lagi prosedur berhubung pelajar melakukan kajian di tempat-tempat berisiko sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kejadian itu di luar jangkaan dan difahamkan platform jeti tersebut kurang diselenggara,” katanya.

Dalam kejadian 1.53 tengah hari itu, seramai 12 daripada 40 pelajar UMK Kampus Jeli cedera selepas jeti yang mereka naiki runtuh.

Sementara itu, Amir berkata SSM menyumbang RM50,000 bagi menganjurkan program CDTP selama tiga hari bermula semalam dengan kerjasama UMK.

Beliau berkata seramai 140 mahasiswa universiti awam di seluruh negara menyertai program yang diharap dapat memberi pendedahan kepada mereka untuk menjadi usahawan sekali gus melahirkan lebih ramai majikan pada masa depan. – BERNAMA

Tags: kampuspelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd