• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Budak Lari Rumah Perlindungan Ditemui Selamat

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Empat kanak-kanak lelaki yang melarikan diri dari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Taman Bakti, di sini dalam kejadian Ahad lepas, ditemui dalam keadaan selamat di Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka ditemui secara berasingan di beberapa lokasi di Alor Setar, Kedah antara pukul 4.30 petang dan 5.45 petang hari ini.

“Polis melancarkan Ops Kesan yang diketuai oleh ASP Mohd Yusof Ibrahim dan berjaya mengesan empat kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun berkenaan. Semasa ditemui mereka dalam keadaan selamat dan kesihatan juga baik kecuali seorang yang demam,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak pertama yang ditemui ialah Muhammad Aiman Abdul Razzaq, 12, di sebuah rumah di Taman Selesa pukul 4.30 petang namun dia kurang sihat kerana demam manakala Idris Hakim Haslan, 11, ditemui di sebuah rumah kosong di Jalan Menanti pukul 5.45 petang.

“Dua lagi kanak-kanak iaitu Muhammad Nur Iman Abdul Mu’min, sembilan tahun dan Muhammad Nur Khidir Azri, 12, ditemui sedang berjalan-jalan di Stesen Bas Shahab Perdana pada pukul 5.45 petang. Kesemua kanak-kanak itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut,” katanya.

Noorzainy berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pihak media dan orang ramai yang menghebah dan menyalurkan maklumat berhubung kehilangan empat kanak-kanak berkenaan sehingga mereka ditemui dalam keadaan selamat.

Empat kanak-kanak itu disedari hilang oleh petugas di rumah perlindungan berkenaan pada pukul 10 malam Ahad lepas dan dipercayai mereka melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bilik asrama mereka. – BERNAMA

Tags: kanak-kanaklari rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd