• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 7 Parah Nahas Tengah Malam

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Tiga maut, manakala tujuh lagi parah dalam nahas membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 59 Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Kilang Kelapa Sawit FELDA Ulu Penggeli, dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, mangsa terkorban ialah Rafeah Jaafar, 57, dari FELDA Ulu Belitung; Raveena Christy Rentap, 20, dari Taman Kota Masai; dan warga Indonesia, Dedi Irawan, 19, yang bekerja di FELDA Ulu Penggeli.

Beliau berkata, mangsa parah pula membabitkan enam menaiki dua kereta berkenaan, termasuk kedua-dua pemandu dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, semuanya dari FELDA Ulu Belitung, serta warga Indonesia yang juga pembonceng motosikal ditunggang Dedi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dinaiki tiga mangsa dari arah Kluang, berlanggar dengan motosikal terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal berkenaan terhumban ke dalam parit, manakala kereta pula terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki lima mangsa dari arah Kota Tinggi tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar kereta itu,” katanya dalam satu kenyatàan media, di sini, hari ini.

Mohd Abduh berkata, semua mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini, untuk bedah siasat, manakala mereka yang parah diberi rawatan lanjut di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya. – BH ONLINE

Tags: cedera parahkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd