Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

1 Lagi Kematian Akibat...

KUCHING - Satu lagi kematian akibat jangkitan Rabies dicatatkan semalam, menjadikan kes penyakit...

PKNS Akan Segera Bawa...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia...

Paparan Nama Mangsa MH17...

SEPANG - Paparan nama mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di...

MAHB Diarah Selesai Tunggakan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) supaya segera...

3 Kali Rogol Remaja 13 Tahun

KOTA BHARU – Seorang pemuda mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen pada Khamis terhadap tiga tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, enam tahun lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh yang berusia 23 tahun itu dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh yang berusia 17 tahun ketika itu didakwa pada tuduhan pertama hingga ketiga merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Kuala Sat, Machang dan di Taman Jaza, Machang pada Julai 2012, September 2012 serta November 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Hukuman akan dikenakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 kerana tertuduh masih di bawah umur ketika kejadian itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falena Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Hajarul Falena tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.


Tertuduh bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes ditetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes. – Sinar Harian Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori