• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Syarikat Malaysia Sertai Fasa Tiga Canton Fair

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 syarikat Malaysia yang terlibat dalam segmen barangan pengguna laris akan menyertai Fasa 3 (Sesi Musim Luruh) Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-124 yang berlangsung dari 31 Ok- 4 Nov di Guangzhou (Wilayah Guandong).

Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi bahagian China dan Asia Timur Laut Ong Yew Chee berkata objektif penyertaaan dalam pameran itu bukan hanya untuk mengembangkan eksport Malaysia ke China tetapi juga memanfaatkan kehadiran ramai pembeli asing di pameran tersebut.

“Guangdong adalah pasaran yang penting, menyumbang kira-kira satu suku daripada perdagangan Malaysia dengan China pada 2017.

“Inisiatif tersebut merupakan antara pelbagai usaha oleh MATRADE untuk memanfaatkan lokasi baik Guangdong di sepanjang Laluan Sutera Maritim serta hubungan perdagangan sempadan antara Shenzhen, Macau dan Hong Kong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Canton Fair (Sesi Musim Bunga) yang lepas, syarikat Malaysia menerima 5,400 pertanyaan perdagangan dan menjana jualan bernilai RM457 juta.

Syarikat Malaysia akan menawarkan produk seperti sos dan pes, produk berasaskan kelapa, konfeksioneri, bijirin dan minuman organik, makanan ringan kesihatan, produk berasaskan durian, produk sarang burung, minuman kesihatan dan produk makanan tambahan, produk kosmetik dan penjagaan kulit dan lain-lain.

Pada 2017, perdagangan Malaysia dengan Guangdong bernilai US$32.53 bilion (RM137.35 bilion), eksport mencecah US$17.33 bilion (RM73.17 bilion). Import dari Guangdong bernilai US$15.20 bilion (RM64.18 bilion).

Import utama Guangdong dari Malaysia termasuklah produk mesin elektrik, galian, bahan api dan minyak, kimia organik dan produk plastik. – BERNAMA

Tags: Matradesyarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bagasi Berisi RM500,000

MPBP Batal Lesen Operasi Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah

21/03/2024
0

Batu Pahat: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi...

Dua Syarikat Gagal Bayar SST Petroleum Berdepan Tindakan Undang-Undang

Dua Syarikat Gagal Bayar SST Petroleum Berdepan Tindakan Undang-Undang

19/08/2022
0

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap dua syarikat minyak dan gas yang gagal membayar cukai jualan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd