Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Google Malaysia Jadi Majikan...

KUALA LUMPUR - 10 syarikat Malaysia yang menjadi pilihan utama pencari kerja disenaraikan...

Banjir: Kaji Semula Penebangan...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang digesa untuk mengkaji semula aktiviti penebangan hutan dan...

Syarikat Daftar GST Melebihi...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

Bajet Pendidikan 2019 Fokus...

KLUANG – Bajet pendidikan bagi tahun hadapan dijangka ditumpukan bagi memperbaiki infrastruktur dan...

2 Maut Kereta Bertembung Treler

ALOR SETAR – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, Sungai Petani dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa maut ialah pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira berusia 30 hingga 40-an, yang masih belum dikenal pasti identiti.

Beliau berkata kejadian berlaku pada 1.45 petang tadi apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 30-an dari arah Sungai Lalang menghala ke Bukit Selambau, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

“Akibat rempuhan secara hadapan itu menyebabkan kereta tersebut terperosok di bawah lori dan diseret sehingga tepi jalan sebuah ladang getah berhampiran dan pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa maut serta merta manakala pemandu treler mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian berlaku di kawasan selekoh dan cuaca cerah.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori