Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PAS Tak Akan Keluar...

SHAH ALAM - "Kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional." Itu reaksi...

Netizen Kecoh, Emoji ‘Datang...

EMOJI 'datang bulan' akan dilancarkan tidak lama lagi selepas kempen mengenainya, menggunakan hashtag...

Tsunami Cina Bertukar Arah...

PENAMPANG — MCA Sabah percaya 'tsunami Cina’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

162 Konsain Makanan Dilarang...

MELAKA - Sebanyak 162 konsain makanan telah dilarang untuk memasuki pasaran negara disebabkan...

2 Maut, 7 Parah Dalam Kemalangan Di NKVE

PETALING JAYA – Dua maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu adalah masing-masing seorang wanita dan seorang lelaki.

“Tujuh lagi mangsa yang parah dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan di laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga jam 7.41 pagi tadi, lorong kanan dan tengah dari arah selatan masih ditutup.


Trafik sesak bermula dari Setia Alam dan Bukit Lanjan ke lokasi. Orang ramai dinasihat menggunakan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) kepada pengguna dari Rawang ke Shah Alam.

Kerja pengalihan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu sedang dijalankan. – BH ONLINE

Kategori