• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18.5 Peratus Pelajar Alami Kemurungan Di Pulau Pinang

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebanyak 18.5 peratus pelajar di negeri ini mengalami masalah kemurungan dengan kira-kira 9.5 peratus pelajar sekolah menengah pernah merancang membunuh diri, kata Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah.

Beliau berkata data yang diperoleh menerusi ‘Hasil Tinjauan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2017’ itu turut menunjukkan peratusan cubaan membunuh diri di kalangan pelajar ialah sebanyak enam peratus.

“Walaupun data itu dilihat terkawal, tetapi ia sesuatu yang membimbangkan kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi emosi remaja pada masa kini mendorong kepada perlakuan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Pulau Pinang dan Pelancaran Program Siswa Sihat (Prosis) UiTM Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata pada zaman digital ini, pengaruh internet banyak memainkan peranan yang boleh mempengaruhi emosi remaja, yang jika tidak dikawal akan mewujudkan persekitaran yang tidak sihat.

Sehubungan itu Dr Wan Mansor meminta ibu bapa yang mendapati anak mereka mempunyai tanda-tanda kemurungan agar tampil untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

“Hospital dan klinik kesihatan sentiasa terbuka untuk menerima pesakit yang mengalami masalah kemurungan… kami nak bendung penyakit ini daripada terus meningkat,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa papadom mempunyai kandungan garam yang tinggi sehingga membahayakan kesihatan, Dr Wan Mansor berkata jika dakwaan itu betul, ia sesuatu yang membimbangkan.

“Ini kerana pengambilan garam di dalam makanan secara berlebihan sudah tentu mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan,” katanya.

Semalam CAP dalam satu sidang akhbar menggesa orang ramai supaya mengurangkan pengambilan papadom dalam makanan berikutan kandungan garam yang tinggi.

Presiden CAP SM Mohamed Idris dilapor berkata ujian makmal yang dijalankan CAP ke atas 11 sampel papadom mendapati kesemua sampel terbabit mengandungi lebih daripada 1,000 miligram (mg)/100 gram natrium dengan empat daripadanya mengandungi lebih daripada 2,000 mg/100 gram natrium. – BERNAMA

Tags: kemurungan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Kes 648 Guru Di Melaka Murung, Tertekan

Siasat Kes 648 Guru Di Melaka Murung, Tertekan

27/07/2022
0

AYER KEROH: Jabatan Pendidikan Melaka diarah menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di negeri ini yang menghadapi tekanan dan kemurungan...

Bayi Maut, 3 Budak Parah Dikelar Ibu Sendiri

18/10/2018
0

KOTA BELUD - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tiga kanak-kanak lain cedera parah dipercayai dikelar di bahagian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd