• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

145 Tan Metrik Stok Ikan Q’Fish Disediakan Hadapi Musim Tengkujuh

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 145 tan metrik stok bekalan ikan segar beku Q’Fish disediakan bagi menampung permintaan rakyat Malaysia semasa musim tengkujuh tahun ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berkata daripada jumlah itu, 125 tan metrik ikan Q’Fish dibekalkan oleh Nekmat serta masing-masing 10 tan metrik oleh Persatuan Nelayan Negeri Kedah (Nekad) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut.

“Antara spesies ikan yang terdapat dalam stok simpanan adalah ikan kembung, selayang, cencaru, selar dan pelaling yang merupakan antara 20 spesies pilihan rakyat Malaysia.

“Dengan adanya Q’Fish, rakyat Malaysia masih boleh menikmati pelbagai jenis ikan segar yang disejuk beku dengan harga murah sepanjang musim tengkujuh,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdapat 118 outlet yang mengedarkan Q’Fish di seluruh negara setakat ini dan harga siling yang ditetapkan untuk setiap spesies ikan sangat berpatutan dalam membantu rakyat berbelanja mengikut kemampuan mereka.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa lokasi sekitar Terengganu mendapati masih ada nelayan kecil yang turun ke laut untuk menangkap ikan meskipun berdepan cuaca agak buruk susulan Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu yang telah bermula dua hari lepas.

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali berkata pihaknya tidak boleh menghalang sebahagian kecil nelayan untuk ke laut namun berharap mereka lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan semasa keluar menangkap ikan.

“Nelayan berkenaan lebih tahu keupayaan bot dan kemampuan mereka untuk mengharungi ombak, apa yang penting nelayan mesti menyimpan nombor agensi penyelamat untuk memudahkan bantuan dihulurkan sekiranya ada kes kecemasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ikan Q'fishstok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Minyak Sawit Malaysia Meningkat 10.45% Pada November

10/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Stok minyak sawit Malaysia pada November meningkat 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan metrik daripada 2.72 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd