• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Orang Cedera Selepas Jeti Pulau Tikus Langkawi Runtuh

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang pelajar universiti cedera parah di bahagian pinggang, sementara 11 orang lagi mengalami kecederaan ringan selepas sebuah jeti dilalui mereka di Pulau Tikus dekat sini runtuh hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima laporan itu pukul 1.53 tengah hari memaklumkan kumpulan mangsa terbabit berjalan di atas jeti yang tiba-tiba runtuh itu di pulau yang terletak kira-kira lima batu nautika ( 9km) dari Jeti Kampung Kilim di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Zamzuri Hasan yang mengetuai lapan petugas ke tempat kejadian berkata pelajar-pelajar yang cedera itu telah dibawa ke Jeti Kampung Kilim sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Langkawi untuk rawatan lanjut.

Maklumat awal yang diperoleh menyatakan kesemua mangsa adalah sebahagian daripada sekumpulan 40 orang pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang pergi melawat pulau itu yang merupakan sebahagian daripada tarikan pelancongan di Kilim Karst Geoforest Park di sini.

Beberapa buah bot pelancong turut digunakan untuk membawa balik baki jumlah pelajar itu ke Jeti Kilim di sini.
– BERNAMA

Tags: jetiRuntuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

25/03/2025
0

Sekinchan: Dua jeti pendaratan ikan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Bagan Sekinchan, di sini, hari ini. Turut terbakar...

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

23/12/2024
0

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd