• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dengar Permohonan Kaji Semula Keputusan Kes Rasuah Guan Eng

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 12 Okt ini untuk mendengar permohonan difailkan pengendali laman Facebook Mohsin Abdul Latif untuk mengkaji dan menyemak semula keputusan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang tidak diteruskan baru-baru ini.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas Mohsin atau lebih dikenali dengan gelaran “Mamu Parpu” selaku pemohon dalam kes itu memaklumkan peguamnya Gunamalar Joorindajn tidak dapat menghadiri prosiding pada hari ini.

“Pemohon (Mohsin) baru menghantar surat kepada mahkamah menjelaskan tarikh pendengaran pada hari ini tidak sesuai dan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu selepas 9 Oktober ini. Kalau ikutkan, saya boleh buang permohonan ini dalam tempoh lima minit sahaja dan tidak perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain. Bagaimanapun pemohon telah mengemukakan surat baharu yang kandungan tidak sama seperti sebelum ini.

“Jika mahkamah tidak memberi penangguhan nanti akan timbul isu dan kata mahkamah tidak adil kerana tidak berbuat demikian.Justeru mahkamah menetapkan 12 Okt ini untuk mendengar permohonan ini dan kes akan tetap berjalan sekiranya peguam gagal hadir,” katanya,

Pada pertengahan September lepas, Mohsin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapat perintah bahawa keputusan berkenaan perlu dikaji semula dan diketepikan atau diubah dan digantikan dengan perintah Lim dan Phang dilepaskan tanpa dibebaskan.

Permohonan itu dibuat menurut Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam permohonan itu, Mohsin menamakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai responden pertama, Lim sebagai responden kedua dan Phang responden ketiga.

Pada 3 Sept lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan Lim yang kini Menteri Kewangan dan Phang daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran pasaran berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, dan peguam Datuk V.Sithambaram serta peuam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Hakim Hadhariah yang turut mendengar kes rasuah berkenaan turut tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Mohsin ialah seorang daripada saksi yang dipanggil memberi keterangan dalam kes rasuah tersebut.

Sementara itu, Ramkarpal dan Sithambaran yang mewakili Phang memaklumkan kepada pemberita di luar mahkamah, pihaknya telah bersedia dengan hujahan bantahan awal bagi permohonan tersebut.

SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd