Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Pemberian Tuala Wanita Percuma...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma...

Harga RON97 Naik Lagi...

HARGA runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter bagi tempoh bermula tengah...

Pengajar Tabika Kemas Miliki...

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar semua tenaga pengajar Tabikanya memiliki diploma...

Atlet Gaza Hilang Kaki,...

GAZA - Impian seorang pelumba basikal untuk kibar bendera Palestin di Sukan Asia...

10,000 Tiket Perlawanan TFC I Dan JDT FC Dijual Sabtu Ini

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 10,000 keping tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pertama di antara Terengganu FC I (TFC I) melawan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) akan mula dijual pada 10.30 pagi Sabtu ini.

Pegawai Media Terengganu FC, Haslan Hashim berkata jumlah tiket tersebut termasuk 2,000 tiket yang dijual secara atas talian di aplikasi ‘Stubapp’.

“Tiket perlawanan berkenaan dijual disemua kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS). Had pembelian setiap orang tiga keping sahaja.Tiket dijual pada harga RM20 bagi tempat duduk berbumbung manakala RM10 bagi tempat terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

TFC 1 melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas mengalahkan juara Liga Premier pasukan Felda United pada 28 Sept lalu apabila menang dengan agregat 6-4.

Dalam perlawanan penuh dramatik suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu menang dengan jaringan 4-3.


TFC 1 akan bertemu JDT FC bagi separuh kedua yang dijadualkan pada 20 Oktober depan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. – BERNAMA

Kategori