• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Lagi Masih Tertimbus Dalam Tanah Runtuh

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sekurang-kurangnya 10 lagi pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini dikhuatiri masih tertimbus di bawah timbunan tanah runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata daripada jumlah itu, tiga mangsa memang disahkan tertimbus berdasarkan keterangan isteri dan rakan masing-masing.

“Tiga yang disahkan tertimbus itu ialah dua lelaki Indonesia dikenali sebagai Bahktiar dan Sobri yang memang disahkan isteri mereka manakala seorang lagi adalah lelaki Myanmar yang disahkan rakannya.

“Kami dimaklumkan terdapat tujuh lagi pekerja asing turut terperangkap dalam kejadian tanah runtuh itu, ini berdasarkan keterangan rakan-rakan mereka,” katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.56 tengah hari itu, dua pekerja asing ditemukan mati manakala seorang lagi cedera. Dua yang mati itu dikenali sebagai Samsul Asman, 19, dari Indonesia dan Attrul, 35 dari Bangladesh.

Dua mayat dijumpai berhampiran antara satu sama lain di bawah timbunan tanah runtuh sedalam lima meter itu manakala mangsa yang cedera pula ditemukan bawah timbunan tanah tidak jauh dari dua mayat berkenaan.

Terdapat banyak serpihan kontena dan pondok di kawasan kejadian.

Saadon berkata setakat ini, pihaknya dapat mengesahkan enam kontena dan sebuah rumah kongsi yang terletak di tanah lapang berhampiran lereng bukit itu terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan tidak menolak kemungkinan ada lagi kontena lain turut jatuh di bawah runtuhan tanah itu.

“Saya dimaklumkan ada juga pondok-pondok rumah kongsi yang dibina berhampiran kontena berkenaan namun saya tidak dapat sahkan berapa jumlah sebenar kerana semuanya telah tertimbus di bawah tanah runtuh,” katanya

Beliau berkata tanah runtuh itu berlaku di bawah kawasan kontena dan rumah kongsi menyebabkan berlaku pergerakan tanah yang mengakibatkan kontena dan rumah kongsi berkenaan menggelongsor jatuh kira-kira 50 meter.

Saadon berkata Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah dan Perlis turut membantu operasi mencari serta menyelamat yang dijangka diteruskan hingga lewat malam ini, bergantung pada keadaan cuaca dan sumber pencahayaan.

Beliau berkata selain itu, pihaknya turut mendapat bantuan pasukan K-9 (unit anjing pengesan) dari ibu pejabat bomba di Putrajaya yang masih dalam perjalanan dan dijangka tiba malam ini.

Beliau berkata operasi itu menghadapi beberapa kesukaran antaranya keadaan tanah yang lembut, tiada laluan untuk jentera masuk ke tempat tanah runtuh dan dipercayai masih terdapat pergerakan tanah di kawasan berkenaan.

“Ketika ini 200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang turut dibantu pelbagai agensi antaranya pihak polis, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, kontraktor projek dan pasukan bomba dan sukarelawan,” katanya. – BERNAMA

Tags: tanah runtuhTertimbus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Paya Terubong, Kawasan Bukit Yang Dibangunkan

Next Post

Suspek Curi Motosikal Cuba Rasuah 7 Polis

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post

Suspek Curi Motosikal Cuba Rasuah 7 Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd