• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Puji Amalan Haramkan Beg Plastik Di Rwanda

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Usaha Rwanda untuk mengharamkan penggunaan beg plastik yang telah dilaksanakan lebih 10 tahun dahulu menjadikan negara itu diiktiraf sebagai negara paling selamat dan bersih di seluruh benua Afrika.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata inisiatif yang dilaksanakan negara itu demi menjaga kebersihan dan alam sekitar harus dipuji.

“Walaupun masih dikenali sebagai sebuah negara yang bangkit daripada kancah Perang Saudara, Rwanda mempamerkan komitmen dan semangat patriotik yang tinggi, terutamanya dalam struktur pengurusan kebersihan serta pentadbiran kerajaan tempatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata pujian juga perlu diberikan kepada seluruh rakyat Rwanda yang begitu peka dengan kebersihan.

“Ini kerana mereka mengamalkan budaya yang diangkat sebagai tanggungjawab patriotik mereka untuk menegur sesiapa sahaja yang tidak menjaga kebersihan terutamanya yang membuang sampah merata-rata,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke Kigali, Rwanda untuk menghadiri mesyuarat Rangkaian Bandar Raya Lestari Komanwel (CCSN) yang dianjurkan oleh Forum Kerajaan Tempatan Komanwel (CLGF) yang berlangsung dari 17 hingga 19 Sept.

Zuraida juga mewakili Malaysia sebagai panel dalam perbincangan yang bertajuk ‘Bandar & Perniagaan: Peranan Penurunan Kuasa Persekutuan Kepada Kerajaan Tempatan Dalam Pemberdayaan Bandar’.

Beliau membentangkan senario yang sedang berlaku di Malaysia dan cara terbaik untuk memastikan perkembangan ekonomi masyarakat dapat dipertingkatkan. – BERNAMA

Tags: RwandaZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd