• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Pusat Sehenti Untuk Graduan TVET

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET) Nurul Izzah Anwar menyarankan diwujudkan pusat sehenti untuk graduan TVET.

Beliau berkata pusat itu bakal menjadi tempat kepada graduan TVET untuk mendapatkan pelbagai maklumat untuk memenuhi kehendak pemain industri dalam pasaran.

“Dengan adanya ‘one stop centre’ itu, graduan TVET tahu di mana mereka boleh mendapatkan keperluan industri dalam satu saluran yang akhirnya akan memberikan pendapatan yang tinggi.

“Kita boleh merancang tetapi peringkat pelaksanaan itu akan menentukan tahap kejayaan TVET,” katanya kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi town hall di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Sesi itu buat julung kalinya diadakan dan zon Sabah dipilih kepada perintis bagi program JKPTVET yang bertemakan “Memperkasa TVET Membina Negara”. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) juga diharap menjadi peneraju pusat berkenaan khususnya untuk graduan TVET di negeri ini.

Beliau berkata bagi mencapai matlamat untuk memperkasakan TVET, peranan semua pihak termasuk media untuk melaporkan kejayaan graduan TVET adalah penting untuk mengubah persepsi program berkenaan.

Sementara itu Mohd Ismail berkata sesi itu adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak meliputi pelajar, komuniti, industri dan pelaksana TVET awam serta swasta dalam pelaksanaan TVET.

Beliau berkata setiap persoalan dan jawapan semasa sesi berkenaan akan menjadi input dalam kertas kerja bagi pelaksanaan TVET.

“Dalam sesi inilah kita akan mengetahui daripada komuniti setempat tentang keperluan mereka dan isu-isu setempat yang diangkat dalam jawatankuasa ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah AnwarTVET
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd